All Will Appear Before The Almighty In The Court Of Heaven

4s_All Will Appear Before The Almighty In Heaven's Court

Indeed, the king shoulders a heavy mandate entrusted to him.

The fulfilment of his role is not only judged by the people of this world.

But he will also be judged in Padang Mahsyar in the time to come.

In Rabbuljalil’s Court, in the presence of ALLAH.

At that time, the King will have no defense lawyers.

At that time, the King will have to rely on his obedience and good works which will be his defence.

 

# Nyatalah Raja mendukung amanah berat; peranannya bukan sahaja dinilai oleh warga di dunia ini, tetapi akan turut diadili di Padang Mahsyar nanti. Di Mahkamah Rabbuljalil, berhadapan ALLAH Yang Maha Esa, Raja ketika itu sudah tidak ada Peguam Negara; ketika itu Raja juga bergantung kepada amal makruf yang telah disempurnakan untuk menjadi Peguam Belanya.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The King Shoulders The Mandate Of Allah, Entrusted To Him

4r_The King Shoulders The Mandate Of Allah Entrusted

Everything that happens, is followed closely by the palace.

The stories are examined and refined, and are balanced with factual news.

The King is also endowed by the Almighty with reasoning,

Blessed with thoughts of the mind,

Equipped with sensitivity, and

Perfected with his heart.

The King shoulders the mandate of ALLAH Subhanahu Wata’ala;

Which is entrusted to him and must be fulfilled as an obligation.

 

# Segala yang berlaku, diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi, ditimbangkan cerita – diimbangkan berita. Raja juga dikurniakan ILAHI dengan akal – dengan fikiran, dilengkapkan dengan deria – disempurnakan dengan hati. Raja juga memikul amanah ALLAH Subhanahu Wata’ala yang wajib dipenuhi.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

Position And Power Are Awards From Allah, Held In Trust

4q Position And Power Is From Allah Held In Trust

Position and power are twins;

And power is accompanied by responsibility.

Position and power are awards;

Being entrusted from ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA.

Position and power is the Almighty’s test among His chosen servants.

 

# Jawatan berkembar dengan kuasa; dan kuasa disertai dengan tanggungjawab. Kedudukan dan kuasa adalah anugerah – adalah amanah daripada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA. Kedudukan dan kuasa adalah ujian ILAHI di kalangan hamba Nya yang terpilih

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The Hadiths Explain The Role Of The King

4p_The Hadiths Explain The Role Of The King

Appropriately, the ruling King embraces the supreme and magnanimous attributes of ALLAH Subhanahu Wata’ala,

The Most Loving, The Most Merciful, The Most Compassionate, The Most Forgiving, which overcomes the nature of His wrath.

Included in the al-Fawaid al-Bahiyah book written by Nuruddin al-Raniri,

The Hadiths and Prophetic traditions of the Prophet Sallallahu Alaihi Wassalam,

Explain the role and responsibility of a King.

 

# Sewajarnya Raja Pemerintah menghayati sifat-sifat agung ALLAH Subhanahu Wata’ala, sifat-sifat Maha Pengasih – Maha Penyayang, Maha Pemurah – Maha Pengampun yang mengatasi sifat murka Nya. Terkandung dalam kitab al-Fawaid al-Bahiyah tulisan Nuruddin al-Raniri, hadis-hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam tentang peranan dan tanggung jawab seorang Raja;

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

I Draw Lessons From Monarchies Which Now Live In History Books

4m_I Draw Lessons From Monarchies

I draw lessons from monarchies which now lives in history books.

This is due to irresponsible acts of Muslim viziers and palace courtiers, which gave false and misleading counsel.

In the end, the country is pawned and its citizens were shattered without protection.

History has also shown that there were thrones destroyed due to the misconduct of ministers.

They acted in pure selfish interests while benefiting from under the shade of the royal umbrella.

 

# Beta mengambil pengajaran bahawa takhta yang kini tinggal di dalam sejarah adalah kerana perbuatan tidak bertanggungjawab para wazir dan pembesar istana, menyembahkan nasihat yang salah; pada akhirnya negara tergadai dan warga berkecai. Sejarah juga menunjukkan ada takhta yang turut terkorban disebabkan salah laku para pembesar yang mementingkan diri sendiri ketika berteduh di bawah payung naungan takhta.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The King’s Throne Is Subjected To The Law Of Allah

4l_The King's Throne Is Subjected To Allah

That as long as the people trust the King and respect the King’s institution,

So that the throne will not be removed from the palace to the museum …;

That the throne may not deviate from the law and precepts of ALLAH,

The law of ALLAH is set upon all human kind irrespective of their status; king or the common people.

 

# Bahawa selagi rakyat menaruh kepercayaan terhadap Raja dan menghormati Institusi Raja, selagi itu takhta tidak akan dipindahkan dari istana ke muzium…; bahawa takhta juga tidak boleh lari daripada hukum ALLAH, hukum yang ditetapkan ke atas seluruh umat manusia tanpa mengira raja atau rakyat.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The King Provide Check And Balances To The Government

4k_The King Provide Check And Balances

The King is part of a national institution that can play a positive role in strengthening the democratic system.

His Majesty’s responsibility is to provide check and balances.

To the Legislative, Executive and Judicial branches of government.

This is in order to preserve the interests and welfare of citizens.

 

# Raja adalah sebahagian daripada institusi negara yang dapat berperanan positif memperkukuhkan sistem demokrasi dengan melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang kepada cabang-cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman, demi memelihara kepentingan dan kebajikan warga.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

Traitorous Advisors Falsify The Facts

4j_Traitorous Advisors Falsify The Facts

When arriving at a decision, the King relies on the facts and information presented.

The King is constrained from performing eminently and giving the wisest judgment,

If he is not presented with the right advice and accurate information,

If it is bordered with falsity and decorated with hypocrisy.

It is extremely important for the King to be given perspectives that are accurate, objectively,

Based on the truth and based on facts.

It is important for the counsellors entrusted with advising the King to be sincere, wise and knowledgeable, to speak the truth,

So that the King is not swinging in imagination and is not repeated with falsities.

The parties who falsify the facts and hide the truth from the ruling King are traitorous in nature.

 

# Ketika merumuskan sesuatu keputusan, Raja bergantung kepada fakta dan maklumat yang disembahkan. Raja tidak berupaya melakukan yang terbaik dan yang paling bijak, jika tidak disembahkan dengan nasihat yang betul dan maklumat yang tepat, jika terus dipagari dengan kepalsuan dan dihiaskan dengan kepura-puraan. Amatlah penting untuk Raja disembahkan pandangan secara tepat – secara objektif, berlandaskan kebenaran – berteraskan fakta. Adalah penting untuk barisan yang dipertanggungjawabkan menasihati Raja bersifat ikhlas, arif lagi berilmu, berkata benar, supaya Raja tidak dibuai dalam khayalan dan tidak diulit dengan gurindam kepalsuan. Pihak-pihak yang memalsukan fakta dan melindungi kebenaran daripada Raja Pemerintah, derhaka sifatnya.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The Malay Rulers Will Generously Share Their Wisdom

4i_The Malay Rulers will generously share their wisdom

The Malay Rulers does not have to be pressured and does not necessarily give the royal consent,

If the advice presented is contrary to the precepts of the Islamic law,

Deviating from the spirit of the Constitution,

Contradicting the rule of law and

Breaching the principle of universal justice.

Whereby oppression and tyranny becomes a real possibility.

When referred to by their subjects,

The Malay Rulers will generously share their wisdom without fear or favor.

 

# Raja tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberikan perkenan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan tuntutan syarak, menyimpang daripada semangat Perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran undang-undang serta melanggar prinsip keadilan sejagat, hingga memungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Apabila Raja dirujuk, Duli-Duli Baginda hendaklah memberikan pandangan secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The King Is Not A *Boneka Puppet

4h Our King Is Not A Boneka Puppet

Therefore, it is extremely unreasonable

That the position of the Head of State is established simply…

To complete ceremonial duties,

Or to be assumed as a *boneka puppet,

To lower the royal seal of consent on each document presented,

With closed eyes, locked mouth and tied hands,

Obligated without options,

In giving the royal consent.

Without His Majesty questioning any advice offered,

What if such advice breaches the law?

Or slips off the tracks of justice?

Or contain elements of oppression?

Or can jeopardize the nation and race?

 

# Oleh itu amatlah tidak munasabah jika jawatan Ketua Utama Negara itu diwujudkan sekadar untuk menyempurnakan tugas-tugas ceremonial atau dianggap *boneka untuk menurunkan mohor perkenan kepada setiap dokumen yang dipersembahkan, dengan mata tertutup, mulut terkunci dan tangan terikat, diwajibkan tanpa opsyen memberi sepenuh perkenan tanpa soal atas apa juga nasihat yang diangkat sembah kepada Baginda, apatah lagi jika nasihat tersebut menyimpang daripada undang-undang atau tergelincir daripada landasan keadilan atau berunsur penindasan atau boleh memudaratkan negara bangsa.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”