The King Shoulders The Mandate Of Allah, Entrusted To Him

4r_The King Shoulders The Mandate Of Allah Entrusted

Everything that happens, is followed closely by the palace.

The stories are examined and refined, and are balanced with factual news.

The King is also endowed by the Almighty with reasoning,

Blessed with thoughts of the mind,

Equipped with sensitivity, and

Perfected with his heart.

The King shoulders the mandate of ALLAH Subhanahu Wata’ala;

Which is entrusted to him and must be fulfilled as an obligation.

 

# Segala yang berlaku, diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi, ditimbangkan cerita – diimbangkan berita. Raja juga dikurniakan ILAHI dengan akal – dengan fikiran, dilengkapkan dengan deria – disempurnakan dengan hati. Raja juga memikul amanah ALLAH Subhanahu Wata’ala yang wajib dipenuhi.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

Position And Power Are Awards From Allah, Held In Trust

4q Position And Power Is From Allah Held In Trust

Position and power are twins;

And power is accompanied by responsibility.

Position and power are awards;

Being entrusted from ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA.

Position and power is the Almighty’s test among His chosen servants.

 

# Jawatan berkembar dengan kuasa; dan kuasa disertai dengan tanggungjawab. Kedudukan dan kuasa adalah anugerah – adalah amanah daripada ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA. Kedudukan dan kuasa adalah ujian ILAHI di kalangan hamba Nya yang terpilih

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The Hadiths Explain The Role Of The King

4p_The Hadiths Explain The Role Of The King

Appropriately, the ruling King embraces the supreme and magnanimous attributes of ALLAH Subhanahu Wata’ala,

The Most Loving, The Most Merciful, The Most Compassionate, The Most Forgiving, which overcomes the nature of His wrath.

Included in the al-Fawaid al-Bahiyah book written by Nuruddin al-Raniri,

The Hadiths and Prophetic traditions of the Prophet Sallallahu Alaihi Wassalam,

Explain the role and responsibility of a King.

 

# Sewajarnya Raja Pemerintah menghayati sifat-sifat agung ALLAH Subhanahu Wata’ala, sifat-sifat Maha Pengasih – Maha Penyayang, Maha Pemurah – Maha Pengampun yang mengatasi sifat murka Nya. Terkandung dalam kitab al-Fawaid al-Bahiyah tulisan Nuruddin al-Raniri, hadis-hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam tentang peranan dan tanggung jawab seorang Raja;

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The Malay Rulers Reflect The Practice Of Moderation In Islam.

4p1_The Malay Rulers Reflect Moderation

The Monarchy of the Malay Rulers has been rooted in this earth (Tanah Melayu) for over six centuries ago.

The system of government and the state under the royal monarchy;

Has its foundation in Malay history and tradition.

The reign of the Malay Rulers;

From the very beginning reflect the practice of moderation (in Islam).

Rejecting extremism and for all annals of its history;

Fulfilling the vital role of a social adhesive that has successfully united its citizens.

 

# Institusi Raja berakar umbi di bumi ini lebih enam abad yang lalu. Sistem berkerajaan dan bernegara berpayungkan Raja mempunyai landasan sejarah dan tradisi. Pemerintahan beraja secara awal dan semula jadi mencerminkan amalan kesederhanaan – menolak ekstremisme dan untuk sekian lamanya, berperanan sebagai perekat sosial yang telah berjaya menyatukan warga.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

I Draw Lessons From Monarchies Which Now Live In History Books

4m_I Draw Lessons From Monarchies

I draw lessons from monarchies which now lives in history books.

This is due to irresponsible acts of Muslim viziers and palace courtiers, which gave false and misleading counsel.

In the end, the country is pawned and its citizens were shattered without protection.

History has also shown that there were thrones destroyed due to the misconduct of ministers.

They acted in pure selfish interests while benefiting from under the shade of the royal umbrella.

 

# Beta mengambil pengajaran bahawa takhta yang kini tinggal di dalam sejarah adalah kerana perbuatan tidak bertanggungjawab para wazir dan pembesar istana, menyembahkan nasihat yang salah; pada akhirnya negara tergadai dan warga berkecai. Sejarah juga menunjukkan ada takhta yang turut terkorban disebabkan salah laku para pembesar yang mementingkan diri sendiri ketika berteduh di bawah payung naungan takhta.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

Traitorous Advisors Falsify The Facts

4j_Traitorous Advisors Falsify The Facts

When arriving at a decision, the King relies on the facts and information presented.

The King is constrained from performing eminently and giving the wisest judgment,

If he is not presented with the right advice and accurate information,

If it is bordered with falsity and decorated with hypocrisy.

It is extremely important for the King to be given perspectives that are accurate, objectively,

Based on the truth and based on facts.

It is important for the counsellors entrusted with advising the King to be sincere, wise and knowledgeable, to speak the truth,

So that the King is not swinging in imagination and is not repeated with falsities.

The parties who falsify the facts and hide the truth from the ruling King are traitorous in nature.

 

# Ketika merumuskan sesuatu keputusan, Raja bergantung kepada fakta dan maklumat yang disembahkan. Raja tidak berupaya melakukan yang terbaik dan yang paling bijak, jika tidak disembahkan dengan nasihat yang betul dan maklumat yang tepat, jika terus dipagari dengan kepalsuan dan dihiaskan dengan kepura-puraan. Amatlah penting untuk Raja disembahkan pandangan secara tepat – secara objektif, berlandaskan kebenaran – berteraskan fakta. Adalah penting untuk barisan yang dipertanggungjawabkan menasihati Raja bersifat ikhlas, arif lagi berilmu, berkata benar, supaya Raja tidak dibuai dalam khayalan dan tidak diulit dengan gurindam kepalsuan. Pihak-pihak yang memalsukan fakta dan melindungi kebenaran daripada Raja Pemerintah, derhaka sifatnya.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The Malay Rulers Will Generously Share Their Wisdom

4i_The Malay Rulers will generously share their wisdom

The Malay Rulers does not have to be pressured and does not necessarily give the royal consent,

If the advice presented is contrary to the precepts of the Islamic law,

Deviating from the spirit of the Constitution,

Contradicting the rule of law and

Breaching the principle of universal justice.

Whereby oppression and tyranny becomes a real possibility.

When referred to by their subjects,

The Malay Rulers will generously share their wisdom without fear or favor.

 

# Raja tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberikan perkenan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan tuntutan syarak, menyimpang daripada semangat Perlembagaan, bertentangan dengan keluhuran undang-undang serta melanggar prinsip keadilan sejagat, hingga memungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Apabila Raja dirujuk, Duli-Duli Baginda hendaklah memberikan pandangan secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

Our King Is The Head Of Islam

4g_Our King Is The Head Of Islam

The Yang di-Pertuan Agong is the Head of the Religion of Islam for his home state (Kelantan).

His Majesty is also the Head of Islam in Melaka, Penang, Sabah, Sarawak and the Federal Territories.

 

# Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri Baginda di samping berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The King Exercises His Role As A Strong Pillar Of Stability

4e_The King Exercises His Role As A Strong Pillar Of Stability

The King fulfills a symbolic and constitutional requirement;

As a functional democracy.

As the Head of State,

The King exercises his role as a strong pillar of stability.

His Majesty is a source of justice, a core of unity, the unifying umbrella.

 

# Raja memenuhi satu keperluan perlembagaan secara simbolik – secara fungsi. Selaku Ketua Negara, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan – sumber keadilan, teras perpaduan – payung penyatuan.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”

The Rulers Are Not Blind, Deaf Or Mute In Speech

4d_The Rulers are not blind, deaf or mute in speech

The Malay Sultans are not a stiff monument for decoration;

Without life or without soul.

The Rulers are not blind, deaf, or mute in speech.

Everything that happens (in Malaysia) are within the vision and hearing space of the Malay Rulers.

 

# Raja bukanlah monumen hiasan yang kaku – tanpa nyawa – tanpa jiwa. Raja-Raja tidak daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan. Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan dan pendengaran Raja-Raja.

Petikan Titah DiRaja (Excerpt Of The Royal Address Of)
DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
5hb Ogos 2017, Konvensyen “Memperkukuh Pasak Negara.”