Sila Hadi Mempertunaikan Janjimu

Saya yang bernama Moses Wong mewakili rakyat Malaysia membuat satu jemputan ikhlas kepada Presiden PAS YB Datuk Seri Hadi Awang setelah mendengar ucapannya disini.

Semoga beliau sebagai pemimpin PAS akan menunaikan janji-janjinya dalam ucapannya kepada semua rakyat Malaysia yang pelbagai agama.

Ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai Akta 355 dan pelbagai soalan mengenai jenis Islam yang diperjuangkan oleh parti PAS.

Sikap yang terbuka beliau dialu-alukan terutamanya dalam tempuh 3 bulan ini. Setakat itu, persidangan Parliament akan bermula semula pada Julai 2017.

Maka soalan-soalan tersebut akan dipamirkan dalam blog ini AWAKENING9. Terima kasih.

Hadi Must Fulfill His Promise
Catatan Ucapan Hadi

< “Mengapa ditangguhkan perbahasan? Speaker terus tutup, perbahasan di sidang yang akan datang (tempuh 3 bulan lagi). Mengapa? Kerana hendak memberi peluang kepada orang bukan Islam.

Kita bersedia untuk hadir mana-mana (jemputan) yang diatur… bukan ajak debat, bukan ajak bahas. Bersedia untuk memberi penjelasan kepada mereka. Isya-Allah. Ini orang bukan Islam.

< Hadi bercakap dalam logat Trengganu. Catatan tidak dapat dibuat disini kerana tidak jelas. Rujukan Hadi mengenai orang Islam. >

Kita ambik orang bukan Islam sahaja. Saya sebut dalam Parliamen hari itu. Kita (orang Melayu) menganggap orang bukan Islam adalah saudara kita dalam masyarakat. Orang Cina, orang India yang bukan Islam adalah saudara
kita… sahabat kita.

* KITA PUNYA SIKAP YANG TERBUKA UNTUK PERGI BILA-BILA MASA SAHAJA… UNTUK BERI PENJELASAN KEPADA MEREKA. INSYA-ALLAH. DALAM 3 BULAN INI, KITA ADA RUANG LAGI UNTUK MEMBERI PENJELASAN.

Dan akhirnya, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang berhimpun, yang hadir pada malam ini, yang memberi sokongan… ada dari PAS, dari UMNO, daripada NGO, daripada Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, peguam-peguam,

* HAKIM-HAKIM YANG MEMBUAT KENYATAAN DALAM SURAT KHABAR TERMASUK YANG MENULIS,

termasuk yang beri kerjasama untuk kita angkatkan 355 ini. Mudah-mudah Allah memberi pahala kepada semua. Kita harap supaya 355 dapat menyatukan umat Islam…

Hikmatnya, kita tahu siapa musuh Islam, siapa kawan orang Islam.” >

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s